Program Pelepasan Benih Ikan Ke Kolam ICA adalah salah satu daripada program untuk menambahkan diversiti ikan di dalam kolam seluas 1.8 ekar. Usaha ini juga adalah untuk memulihara sumber perikanan yang berterusan dan merupakan salah satu cara bagi memupuk dan menanam rasa cinta dan tanggungjawab dalam diri masyarakat terhadap sumber asli perikanan sungai.

Program Pelepasan Benih Ikan Ke Kolam ICA yang diadakan di UTM-Pagoh pada 8 November 2018 telah disempurnakan oleh Prof. Mohamad Roji Sarmidi selaku Pengarah ICA bersama En. Mohd Faris bin Adman@Adnan selaku Ketua Daerah Pejabat Perikanan Muar. Program ini melibatkan pelepasan sebanyak 30 000 ekor ikan terdiri daripada benih ikan lampam, kerai, dan terbul yang dianggarkan bernilai RM 8,000.00. Benih-benih ikan tersebut adalah sumbangan dari Pejabat Perikanan Daerah Muar

Please follow and like us:
0