Johor Bahru, 14 April 2022 โ€“ Pasukan penyelidik Innovation Centre in Agritechnology for Advanced
Bioprocessing (ICA) telah berjaya memperolehi Sijil Pengesahan Halal Malaysia dari Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi fasiliti Inkubator Halal Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)-
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Pagoh yang ditubuhkan pada tahun 2020.
Penyampaian Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) JAKIM telah disampaikan oleh Bahagian
Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Johor. ICA telah menerima dua SPHM bagi skim Hak
Mengilang Produk Makanan dan skim Produk Makanan iaitu produk buah-buahan sejuk beku (freeze
dried fruits) keluaran ICA.

Selain daripada dua SPHM yang diperolehi, ICA juga turut berjaya membantu dua usahawan Industri
Kecil Sederhana (IKS) luar bandar mendapatkan SPHM bagi skim Produk Makanan yang dihasilkan di
Inkubator Halal KPT-UTM Kampus Pagoh. Tarikh kelulusan bagi kesemua SPHM ini adalah bermula
pada 1 Januari 2022. Dua usahawan IKS tersebut adalah Jamaliah Juri Enterprise yang menghasilkan
produk kerepek jejari dan Syarikat Haslin Binti Md Basar bagi produk karipap sejuk beku. Seterusnya,
dalam masa yang sama usahawan ini dibimbing untuk mendapatkan pensijilan halal di premis
mereka bagi memastikan kelangsungan perkembangan perniagaan mereka di premis sendiri.

Inkubator Halal KPT-UTM Kampus Pagoh merupakan satu-satunya inkubator seumpamanya di
Malaysia yang menawarkan latihan dan bimbingan kepada usahawan IKS dalam mengeluarkan
produk makanan berstatus halal. Fasiliti ini ditubuhkan dengan sokongan geran daripada KPT yang
bertajuk โ€œProgram Potensi Pembangunan Sosio-Ekonomi Masyarakat Luar Bandar Dengan
Mewujudkan Inkubator Bengkel Pengeluaran Yang Menghasilkan Produk Makanan Berstatus Halalโ€
yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ahmad bin Che Yaacob. Kerjasama bersama usahawan IKS ini
telah dijalinkan sejak tahun 2019 lagi.

Dua orang usahawan IKS telah berjaya mendapatkan sijil halal dengan menggunakan fasiliti di bawah
seliaan Eksekutif halal ICA yang terlatih di Inkubator Halal KPT-UTM Kampus Pagoh. Dengan ini, UTM
Pagoh berharap dengan bantuan yang diberikan, usahawan IKS dapat meluaskan lagi pasaran dengan
produk yang mempunyai kelulusan halal.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.