16 Jun 2022. Satu taklimat berkenaan Standard People Practice (SPP) telah dilaksanakan di Bilik Seminar Klorofil UTM Kampus Pagoh. Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Abdul Salihul Halim Wagiman selaku setiausaha Standard People Practice (SPP) Pagoh dan dibantu oleh pelajar latihan industri Cik Nor Natasya Azman dari Universiti Teknologi MARA Kampus Melaka. Menurut Cik Nor Natasya; “Perlaksanaan SPP ini sebenarnya telah lama dilaksanakan di jabatan-jabatan kerajaan melalui program kualiti dan khidmat pelanggan, perkhidmatan kaunter berkualiti, piagam pelanggan dan sebagainya” katanya. “Ini kali pertama ia dilaksanakan oleh UTM di Pagoh,” menurutnya lagi.

Seramai empat puluh enam peserta telah menyertai taklimat yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada peserta berkenaan kaedah perlaksanaan SPP yang perlu diamalkan oleh semua staf dan pelajar di Kampus Pagoh. Taklimat ini selari dengan memenuhi saranan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia iaitu Prof. Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail untuk memastikan semua staf menjiwai amalan baik menguruskan pelanggan dan meningkatkan high performance delivery staf kepada semua pelanggan.

Kaji selidik juga telah dilaksanakan dan majoriti daripada warga Kampus Pagoh memberi maklum balas yang positif dan menyarankan supaya taklimat seperti ini diteruskan pada masa akan datang. Menurut Encik Salihul Halim, “SPP mementingkan sentuhan kemanusiaan dan menekankan peri pentingnya faktor manusia dalam memenangi hati pelanggan. Jika ia dapat dilaksanakan secara berterusan ia akan memberikan impak positif kepada organisasi” ujurnya. “Dengan garis panduan SPP yang disampaikan, kami berharap perkhidmatan yang akan disampaiakan akan lebih produktif, cekap dan berkualiti memenuhi keperluan pelanggan” tambahnya lagi.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index