UTM melalui Pejabat Bendahari telah berjaya melaksanakan pendaftaran di sistem e-Perolehan Kerajaan. Sukacita dimaklumkan nombor pendaftaran UTM di sistem e-Perolehan Kerajaan ialah :
eP-0102Q0001
Perkara ini boleh dimaklumkan kepada mana-mana agensi/jabatan kerajaan yang telah berurusniaga dengan UTM dan dalam proses untuk membuat bayaran/pengeluaran LO dan sebagainya.
Untuk penerangan lebih lanjut, boleh diajukan kepada Encik Abdul Rashid Aris, Timbalan Bendahari Unit Perolehan Pejabat Bendahari di 07-5530232 atau abdrashid@utm.my.