Bandar Universiti Pagoh bersedia untuk menjadi lokasi kepada Program Karnival Lestari Muar 2023 pada 21 Mei 2023 (Sabtu). Karnival ini akan berlangsung pada jam 9.00 pagi di Dewan Serba Guna Hab Pendidikan Tinggi Pagoh. Ini adalah satu peluang besar untuk orang awam, termasuk pelajar sekolah, mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Kolej Vokasional, Kolej Komuniti, sekitar Daerah Muar Johor untuk bersama-sama mempromosikan gaya hidup lestari dan membantu memelihara alam sekitar.
Program Karnival Lestari Muar 2023 diusahakan bersama oleh Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Majlis Perbandaran Muar (MPM), Pengurusan Bandar Universiti Pagoh (BUP), Pejabat Pendidikan Daerah Muar (PPD), Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN-UTM), Seksyen Projek Khas (SPK) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP), Kolej Vokasional Pagoh, dan beberapa pengusaha holtikultur Daerah Muar.
Karnival ini akan menampilkan pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat seperti bengkel pertanian, pertandigan rekacipta replica bahan terbuang, jualan bunga dan tanamah hortikultur, pameran produk organik, demonstrasi penanaman terrarium dan lain-lain. Terdapat juga pelbagai permainan kanak-kanan yang menarik serta jualan makanan dan minuman yang akan membuatkan acara meriah.
Penyertaan ke dalam Program Karnival Lestari Muar 2023 adalah percuma dan terbuka kepada semua orang. Ia adalah satu peluang yang baik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gaya hidup lestari serta membantu memelihara alam sekitar.