Unit Kewangan UTM Pagoh telah menganjurkan taklimat kewangan bagi sesi 2019. Ia terbahagi kepada 2 sesi .
Sesi 1 pada 25 Februari 2019. Sesi ini terbahagi kepada 3 slot iaitu :
- Pengurusan Perolehan – Pn. Norhaliza Binti Othman.
- Pengurusan Terimaan & Bil Tuntutan – Pn. Azliana Binti Mohd Azlan.
- Pengurusan Tabung Amanah – Pn. Mazlinda Wati Binti Razli.
Sesi 2 pula berlangsung pada 27 Februari 2019. Sesi ini juga terbahagi kepada 3 slot iaitu
- Pengurusan Bayaran – En. Muhammad Shahrin Bin Hasim.
- Pengurusan Aset – Pn. Nur Syahira Binti Zawawi.
- Pengurusan Akaun – Pn. Noor Zaidah Binti Omar & Pn. Norafitri Binti Buradi.
Diharap staf yang menghadiri taklimat kewangan tersebut mendapat input yang berguna berkenaan kewangan di UTM.