Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPENJ) Johor, melalui Johor Innovation Valley (JIVe) menganugerahkan dua geran penyelidikan kepada penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Pagoh bernilai RM50,000 setiap satu.

Inisiatif JIVe ini menghimpunkan 47 universiti awam dan swasta termasuk politeknik serta kolej seluruh Johor diharap akan berterusan menyumbang kepakaran serta hasil penyelidikan mereka untuk dimanafaatkan oleh kerajaan negeri, komuniti dan industri.

JIVe juga bersama-sama Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (UTM-CCIN) yang berperanan sebagai sekretariat kepada inisiatif Johor Innovation Valley (JIVe) ini akan bertindak sebagai perantara kepada IPTA/IPT, industri, komuniti dan pihak kerajaan Negeri Johor.

Dua projek penyelidikan yang terpilih berkenaan melibatkan Penyelidik dari UTM Kampus Pagoh menerusi Projek Membangunkan Loji Bio-Gas daripada Sisa Haiwan di Daerah Muar yang diketuai oleh Dr. Aidee Kamal Khamis. Manakala Program Pembangunan Amalan Pertanian Baik Bagi Melestarikan Industri Pertanian Daerah Tangkak diketuai oleh Dr. Nor Zalina Othman.

Projek-projek JIVe ini diharapkan dapat memperluaskan lagi peranan Universiti dan kebolehupayaan hasil penyelidikan Universiti agar dapat dimanafaatkan oleh komuniti untuk membentuk negeri yang sejahtera dari segi kelestarian alam sekitar, ekonomi dan sosial.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index