6hb Mei 2021/24 Ramadhan 1442
.Kunjungan hormat Pegawai Daerah Muar ke UTM Pagoh dengan disertai Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Muar, Pegawai Jabatan Alam Sekitar Muar / Tangkak, Pengurus Cawangan SW Corp Muar / Tangkak serta Pegawai Kesihatan dan Perlesenan Majlis Perbandaran Muar.Beberapa persetujuan dasar dan komitmen UTM Pagoh sebagai Pusat Kajian dan Penyelidikan yang merangkumi bidang Bioteknologi dan pelbagai inisiatif Waste to Wealth merupakan antara bidang kebitaraan UTM yang boleh menyokong “moving forward ” ke arah Muar Daerah Maju 2030.
UTM sangat berpotensi untuk membangunkan “nic area” Rancangan Tempatan Daerah Muar (Penggantian) 2020 – 2030 iaitu “Low Carbon Society”. Ia merupakan program “Quick Win” yang boleh menzahirkan antara 12 inisiatif ke arah Muar Daerah Maju 2030.
Penghasilan baja organik dan penjanaan sumber makanan tambahan bagi ruminan dengan menggunakan sisa domestik premis kediaman dan sisa lanskap merupakan antara dapatan kajian UTM yang berdaya laksana dan seiring dengan tema Komuniti Berkarbon.Sesuatu yang membanggakan Pegawai Daerah dan hadiah besar buat Muar ialah pendekatan “Living Lab” yang telah sekian lama diamalkan oleh pasukan UTM Pagoh. Umpamanya penggunaan biokompos untuk tujuan meningkatkan kuantiti keberhasilan padi dalam kalangan pesawah padi di Sungai Balang. Hasil pengeluaran padi di plot kajian sawah padi bukan jelapang ini menunjukan dengan penggunaan baja biokompos hasil penyelidikan Dr Prem, berjaya membuahkan hasil padi lebih 3 kali ganda daripada sebelumnya.Sawah padi yang bergelut dengan masalah kemasukkan air dari Sungai Sarang Buaya yang terlalu berasid (pH 2-3), telah menyebabkan kuantiti pengeluaran padi pada tahap yang terlalu rendah (kurang 2 tan per petak)
Kejayaan awal Dr Prem membuktikan, budaya kerja dengan jiwa bukan sahaja membantu penyelesaikan masalah petani malah memperkasakan semangat perpaduan dan muafakat antara kaum dalam daerah Muar.Ia selaras dengan kertas cadangan Pegawai Daerah Muar yang dibentangkan kepada Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara bahawa perpaduan yang sedia ada terjalin lebih mudah diperkasakan melalui wasilah pendidikan dan ekonomi.Senergi yang ditampilkan oleh UTM dengan pentadbiran daerah Muar ini merupakan terjemahan terhadap semangat pemerkasaan agensi dan komuniti.