16 Jun 2022. Satu taklimat berkenaan Standard People Practice (SPP) telah dilaksanakan di Bilik Seminar Klorofil UTM Kampus Pagoh. Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Abdul Salihul Halim Wagiman selaku setiausaha Standard People Practice (SPP) Pagoh dan dibantu oleh pelajar latihan industri Cik Nor Natasya Azman dari Universiti Teknologi MARA Kampus Melaka. Menurut Cik Nor Natasya; “Perlaksanaan SPP ini sebenarnya telah lama dilaksanakan di jabatan-jabatan kerajaan melalui program kualiti dan khidmat pelanggan, perkhidmatan kaunter berkualiti, piagam pelanggan dan sebagainya” katanya. “Ini kali pertama ia dilaksanakan oleh UTM di Pagoh,” menurutnya lagi.
Kaji selidik juga telah dilaksanakan dan majoriti daripada warga Kampus Pagoh memberi maklum balas yang positif dan menyarankan supaya taklimat seperti ini diteruskan pada masa akan datang. Menurut Encik Salihul Halim, “SPP mementingkan sentuhan kemanusiaan dan menekankan peri pentingnya faktor manusia dalam memenangi hati pelanggan. Jika ia dapat dilaksanakan secara berterusan ia akan memberikan impak positif kepada organisasi” ujurnya. “Dengan garis panduan SPP yang disampaikan, kami berharap perkhidmatan yang akan disampaiakan akan lebih produktif, cekap dan berkualiti memenuhi keperluan pelanggan” tambahnya lagi.