Program pemindaahan teknologi dan ilmu dibawah geran KTP-RIG 2022 telah berlangsung pada 3 November 2022 (Khamis) bertempat di Sekolah Kebangsaan Ledang, Tangkak, Johor. Seramai 12 orang staff ICA, UTM Kampus Pagoh, 8 orang guru, 38 orang pelajar dari tahap dua dan 9 orang pelajar aliran pendidikan khas telah menyertai program ini.
Objektif program adalah membangunkan tapak pertanian βKebun Kitaβ disamping memberi pendedahan awal kepada para pelajar sekolah rendah tentang kelestarian pertanian.
Program berlangsung selama setengah hari merangkumi taklimat semaian dan pemindahan tanaman dari dulang semaian ke batas tanaman. Para pelajar berpeluang merasai sendiri pengalaman dalam aktiviti kelestarian pertanian.