Pelajar-pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah di Kundang Ulu Tangkak telah berjaya menghasilkan bebola lumpur atau lebih dikenali sebagai mudball dengan campuran mikroorganisma efektif di sesi pembelajaran Project-Based Learning (PBL) mereka di sekolah.

 Idea melaksanakan projek ini dipilih selepas Cikgu Norhayati Abdul Samad selaku  Penyelaras Pendidikan Kelestarian SMA Shamsuddiniah bersama tiga orang pelajarnya mengikuti Karnival Lestari Muar di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh pada 21 Mei 2023 yang lepas. Menurut beliau, pelajar-pelajarnya telah menghasilkan beberapa contoh bebola lumpur EM untuk digunakan di dalam silibus Sains Sijil Pelajaran Malaysia di sekolah. Hasil dari minat pelajar tersebut, sekolah telah bersetuju untuk mengaplikasikan ilmu berkenaan di dalam projek PBL mereka. Aktiviti  ini telah berjaya memupuk kesedaran pelajar untuk bersama-sama berusaha menjaga alam sekitar dan memulihara kebersihan sungai di daerah Ledang, katanya.

 Bebola lumpur EM yang dihasilkan oleh pelajar SMA Shamsuddiniah telah dilepaskan ke Tasik Penyelidikan Akuakultur di UTM Kampus Pagoh. Turut hadir bersama dalam sesi pelepasan tersebut melibatkan Cikgu Cikgu Muna Bazilah Muhammad, Encik Mohd Farid Ismail Pegawai Penyelidik Innovation Centre in Agritechnology for Advance Bioprocessing (ICA) dan Encik Mohairin Mohamed Mohtar Penolong Pendaftar UTM Kampus Pagoh.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index